Callback_inner_ms
Live_support-inner_ms
Harga & Tingkat
Ticker Harga Waktu
EURUSD 1.3143 04/Feb 12:30 AM
GBPUSD 1.5818 04/Feb 12:30 AM
USDCHF 0.9186 04/Feb 12:30 AM
USDJPY 76.57 04/Feb 12:30 AM
AUDUSD 1.0768 04/Feb 12:30 AM
USDCAD 0.9937 04/Feb 12:30 AM
NZDUSD 0.8353 04/Feb 12:30 AM
GBPCAD 1.5719 04/Feb 12:30 AM
GBPCHF 1.4533 04/Feb 12:30 AM
EURJPY 100.64 04/Feb 12:30 AM
EURGBP 0.8307 04/Feb 12:30 AM
EURCHF 1.2075 04/Feb 12:30 AM
XAUUSD 1725.6 04/Feb 12:30 AM
XAGUSD 33.61 04/Feb 12:30 AM
Lebih terperinci
Analisis Asas Dan Teknikal
Cetak Send to Friend

Tiada maklumat dan pengetahuan yang cukup dalam pasaran mata wang membolehkan ianya dianggap satu perjudian. Disini ada dua kategori pengetahuan yang amat diperlukan dan ianya tidak selalu dihubungkait.

Analisis Asas

Analisis asas merupakan aplikasi teori mikro dan makro ekonomi pada pasaran, dengan tujuan untuk meramal trend masa depan. Habis, apakah daya asas yang mengerakkan pasaran mata wang?

  • Pengimbangan Dagangan: Mata wang-mata wang yang berkaitan dengan lebihan dagangan jangka panjang akan bercenderung untuk menjadi lebih kuat berbanding dengan yang berkaitan dengan defisit berterusan, hanya kerana terdapat pembelian bersih mata wang-mata wang berlebihan yang sepadan dengan kelebihan eksport atas import.Trend adalah turut penting. Pengimbangan dagangan yang bertambah baik seharusnya menyebabkan mata wang yang berkaitan untuk meningkat relatif dengan yang berkaitan dengan pengimbangan dagangan yang merosot atau stabil.
  • Kadar Inflasi Relatif: Jika negara A mengalami kadar inflasi harga yang lebih tinggi daripada negara B,, mata wang A akan kemudiannya menjadi lemah berbanding dengan mata wang B untuk memulihkan “ kesetaraan kuasa membeli”
  • Kadar faedah: Aliran modal antarabangsa mencari kepulangan tertinggi setelah inflasinya telah digubah, mewujudkan permintaan tambahan untuk mata wang yang mempunyai kadar faedah nyata yang tinggi dan menaikkan kadar pertukarannya.
  • Jangkaan dan spekulasi: Pasaran menjangka kejadian. Spekulasi dalam, katakan, kadar inflasi masa depan mungkin memadai untuk mengerakkan kadar pertukaran, lebih terdahulu sebelum trend sebenar menjadi ketara.

Ia harus difahami bahawa daya-daya ekonomi ini saling bergabung. Walau bagaimanapun, ia merupakan tugas yang amat sukar untukmenentukan di mana hasil interaksi daya-daya ekonomi ini akan menguasai pasaran. Ada yang berpendapat bahawa jawapannya terdapat dalam analisis teknikal.

Analisis Teknikal

Analisis teknikal adalah berkaitan dengan meramal trend harga di masa depan dari harga lama dan jumlah data. Aksiom yang mendasari analisis teknikal adalah bahawa semua fundamental (termasuk harapan) adalah faktor dalam pasaran dan tertunjuk di dalam kadar tukaran.

Peralatan untuk analisis teknikal kini boleh didapati dengan percuma kepada pelabur-pelabur persendirian untuk menyokong keputusan dagangan mereka. Walau bagaimanapun, ia perlu ditekankan bahawa peralatan ini adalah cuma penganggar dan bukan tanpa sebarang kelemahan.

Berikut adalah pengenalan teringkas untuk peralatan analisis teknikal yang digunakan untuk mengenalpasti trend-trend dan corak yang berulang dalam tempat pasaran yang turun naik. Peniaga-peniaga tukaran wang asing yang berhasrat dinasihatkan untuk menjalani latihan yang baik dalam analisis teknikal walaupun kecekapan sebenar hanya diperolehi melalui latihan, ketahanan dan pengalaman.

Carta-Carta

  • Carta Garisan: Sebuah gambaran grafik sejarah kadar tukaran untuk sebarang pasangan mata wang dengan masa. Garisan ini dibina dengan menyambung harga penutup harian.
  • Carta Bar: Sebuah gambaran prestasi harga untuk pasangan mata wang, terdiri daripada bar menegak pada tempoh masa yang ditetapkan dalam-hari (cth: setiap 30 minit). Setiap bar mempunyai empat “cangkuk”, mewakili pembukaan, penutupan, ketinggian dan kerendahan (OCHL) kadar tukaran untuk tempoh masa itu.
  • Carta Kaki Lilin: Sebuah varian carta bar kecuali ia menggambarkan harga-harga OCHL sebagai “kaki lilin” dengan satu sumbu pade setiap hujung. Di mana kadar pembukaan lebih tinggi daripada kadar penutupan kaki lilin adalah “padu”. Di mana kadar penutupan melebihi kadar pembukaan, kaki lilin adalah “lompang”.
  • Sokongan, rintangan, saluran dan tiga segi Ambang sokongan dan rintangan adalah ciri-ciri biasa semua komoditi kewangan yang boleh didagang, termasuk mata wang. Kemungkiran ambang-ambang begini diambil sebagai bukti perubahan asas dalam sentiment pasaran terhadap suatu mata wang. Sokong dan rintangan kerap membentuk corak-corak yang koheren dengan masa dalam bentuk saluran.
  • Sokongan Suatu tahap sokongan dikesan apabila anda menghubungkan beberapa titik-titik bawahan daripada kitar kadar tukaran pada satu garisan lurus. Ini diambil untuk menandakan keengganan pasaran untuk menjual di bawah kadar tukaran tertentu. Lebih banyak titik-titik bawahan yang boleh dihubungkan, lebih terbukti akan adanya suatu tahap sokongan. Tahap sokongan boleh bertukar dengan laluan masa. Jika garisan lurus mencondong ke atas, kita berbincangkan “sokongan ke atas”. Di mana garisan melintang, kita mengenalpastikan “sokongan di tepi.” Di mana garisan mencondong ke bawah kita mendiagnos “sokongan ke bawah”.
  • Rintangan Tahap rintangan menandakan keengganan untuk membeli mata wang melebihi kadar tukaran yang diberi. Tahap rintangan boleh dikesan jika boleh menghubungkan titik-titik atasan yang berturutan dalam kitar kadar tukaran dengan satu garisan lurus. Seperti yang anda jangka, satu menghadapi rintangan ke atas, ke tepi dan ke bawah. Saluran dikenalpastikan dengan mengindankan tahap sokongan dan rintangan pada carta satu garisan. Saluran-saluran boleh bercerun ke atas, ke tepi atau ke bawah.

Segitiga

Di mana garisan rintangan dan sokongan bertumpu menuju satu sama lain dengan masa, “tiga segi” dibentuk dengan kecerunannya ke atas, ke tepi atau ke bawah.

Segitiga menunjukkan keuntungan menurun dari masa ke masa. Tahap rintangan dan sokongan yang ke atas carta akan membantu meramal masa untuk tumpuan. Apa yang kita cari adalah "pelepasan" yang boleh masuk kemana-mana dan kemungkinan besar akan "meledak", memberikan peluang perdagangan untuk keuntungan.

Kecerunan segitiga dan perilaku kitaran harga dalam pendekatan ke persimpangan rintangan dan sokongan mungkin menandakan arah kepada pelepasan. Sebagai contoh, jika kitaran kadar pertukaran berada dalam fasa ke atas, pelepasan akan cenderung ke atas juga. Terdapat beberapa peluang disini, tetapi terdapat juga risiko.

Penunjuk

  • Purata bergerak meratakan puncak-puncak dan jurang-jurang dari kitar kadar tukaran dalam tempoh olengan dan menunjukkan kehadiran trend.
  • Terdapat dua jenis utama purata bergerak:
    • Mudah: Di mana data masa lalu dan masa kini diandaikan sebagai sama pentingnya dan diberikan keberatan yang sama.
    • Keberatan: Di mana data semasa dianggap lebih penting dari data lepas dan diberi lebih perhatian. Faktor pemberat mengambil bentuk satu “pemalar pelicinan” yang meningkat dengan kepesatan sepanjang masa.
    • Jika harga adalah dibawah dua atu purata, ini diambil sebagai satu isyarat sedang merosot , dan sebaliknya.
    • Satu garisan “%K” yang mengukur perbezaan di antara harga penutup yang terkini dan jurang paling dalam sebagai peratusan perbezaan antara kemuncak tertinggi dan jurang terdalam yang diukur untuk tempoh tertentu (Cth: 14 hari).
    • Satu garisan “%D” yang menjejak purata bergerak tiga tempoh % (Cth: hari)
    • Kenaikkan dalam %K atas %D ditafsirkan sebagai tanda untuk membeli dan sebaliknya .

      Apabila pengayun mencecah 80, mata wang dianggap terlebih beli. Pengayun di bawah 20 dianggap untuk menunjukkan terlebih jual mata wang.

  • Pengayun Stokastik

    Pengayun-pengayun stokastik adalah penunjuk momentum yang bertujuan untuk memberitahu anda bila untuk membeli atau menjual. Ia terdiri daripada dua unsur: