Callback_inner_ms
Live_support-inner_ms
Harga & Tingkat
Ticker Harga Waktu
EURUSD 1.3143 04/Feb 12:30 AM
GBPUSD 1.5818 04/Feb 12:30 AM
USDCHF 0.9186 04/Feb 12:30 AM
USDJPY 76.57 04/Feb 12:30 AM
AUDUSD 1.0768 04/Feb 12:30 AM
USDCAD 0.9937 04/Feb 12:30 AM
NZDUSD 0.8353 04/Feb 12:30 AM
GBPCAD 1.5719 04/Feb 12:30 AM
GBPCHF 1.4533 04/Feb 12:30 AM
EURJPY 100.64 04/Feb 12:30 AM
EURGBP 0.8307 04/Feb 12:30 AM
EURCHF 1.2075 04/Feb 12:30 AM
XAUUSD 1725.6 04/Feb 12:30 AM
XAGUSD 33.61 04/Feb 12:30 AM
Lebih terperinci
PengPengenalan Kepada Forex
Cetak Send to Friend

Apa itu Dagangan Tukaran Mata Wang Asing

Tinjauan Meluas

AFB memberikan platform dagangan online untuk individual, broker pengenalan, dan institusi kewangan yang ingin membuat spekulasi mengenai kadar tukaran antara dua mata wang. Dengan melakukan ini, pedagang membeli dan menjual mata wang dengan harapan untuk membuat keuntungan apabila nilai mata wang bertukar mengikut kemahuan mereka, sama ada dari berita pasaran atau kejadian-kejadian yang berlaku di dunia. Pasran tukaran mata wang asing adalah pasaran terbersar dalam dunia dengan jumlah harian melebihi 1.7 trilion membuatkannya satu daripada pasaran yang paling merangsangkan untuk berdagang.

Masa Pasaran

Pasaran 24-jam, Perdagangan Tukaran Mata Wang Asing bermula setiap hari di Sydney, dan bergerak mengelilingi dunia dengan hari kerja bermula dalam setiap pusat kewangan, pertama ke Tokyo, London, dan New York. Tidak seperti pasaran kewangan lain, pelabur boleh memberi merespon kepada turun naik mata wang yang disebabkan oleh ekonomi, kegiatan sosial dan politik pada masa  ia berlaku - siang atau malam hari.

Zon Masa

GMT

Tokyo Buka

00:00

Tokyo Tutup

09:00

London Buka

08:00

London Tutup

17:00

NY Buka

13:00

NY Tutup

22:00

Pasaran FX dianggap sebagai di atas kaunter (OTC) atau 'pasaran antara bank', kerana fakta bahawa transaksi dilakukan antara dua bahagian melalui telefon atau melalui rangkaian elektronik. Dagangan tidak terpusat di bursa, seperti saham dan pasaran hadapan.

Kadar Spot

Kadar spot adalah harga pasaran hari ini untuk satu mata wang diukur berbanding dengan yang lain, misalannya, harga satu US dolar dalam Japanese Yen. Kadar spot semua matwang bertentangan dengan US dollar (USD) adalah yang asas, yang lainnya dianggap kadar persilangan.

Beberapa matawang yang wujud dikatakan utama; ini termasuk US dollar (USD), euro (EUR) British pound (GBP), Swiss franc (CHF), Canadian Dollar (CAD),Australian Dollar (AUD) dan Japanese yen (JPY).

Apabila anda bertanya pada dealer anda untuk sebuah sebut harga, misalnya EUR/USD, dia akan memberikan anda dua harga berlainan, misalnya 1.2043 -1.2048. Beza di antara dua nombor, “beli” dan “jual” dari pandangan dealer dipanggil spread. Jika anda mahu membeli satu euro, anda harus membayar, secara hipothetik, 1.2048 USD untuknya, tetapi jika anda mahu menjual satu euro anda akan dibayar oleh dealer anda 1.2043 untuknya. Dalam kes ini, beza antara “beli” dan “jual” atau spread, adalah 0.0005 atau 5 pip. Membeli satu mata wang adalah sebenarnya aksi menjual yang lain; Sebagai alternative, menjual satu mata wang sebenarnya bermaksud anda membeli yang lain.

Kelebihan Dagangan Tukaran Mata Wang Asing

  • Dagangan 24 jam
  • Kelebihan utama pasaran Forex adalah ia merupakan pasaran sebenar 24 jam. Tidak kira masanya, sentiasa terdapat pembeli dan penjual di mana-mana di dunia yang berdagang Forex secara aktif. Dalam cara ini, pelabur akanmemberi respons kepada berita terkini dengan serta merta.

  • Peningkatan dalam pengumpilan
  • Dagangan Pengumpilan, juga dikenali sebagai dagangan jidar, membenarkan pelabur dalam pasaran Forex, untuk melaksanakan dagangan hingga $100,000 dengan jidar permulaan sebanyak $1000. Adalah mustahak untuk ingat bahawa pengearan yang lebih tinggi mewujudkan keuntungan yang lebih jika seseorang menjangka secara betul pergerakan dalam harga Tukaran Mata Wang Asing dan sebaliknya.

  • Kecairan
  • PasaranTukaran mata wang asing lebih cair daripada pasaran lain dalam dunia kerana sentiasa terdapat broker/dealer yang ingin membeli atau menjual mata wang. Kecairan tukaran mata wang asing, terutamnya untuk mata wang utama, membantu memastikan stability harga yang membolehkan pelabur untuk sentiasa membuka atau menutup kedudukan, menerima harga pasaran yang adil, dan lebih penting, menjadi kurang terdedah kepada risiko kecairan.

  • Kos transaksi yang kurang
  • Pasaran tukaran mata wang asing adalah lebih kos efektif untuk melabur dari segi komisen dan bayaran transaksi. Secara am, kelebaran spread dalam transaksi FX adalah kurang daripada 1/10 lebar transaksi stok.

Peserta Forex

  • bank komersil
  • Tukaran stok mata wang
  • firma yang menjalankan operasi perdagangan asing
  • dana pelaburan
  • syarikat broker, orang persendirian

Peserta pasaran ini adalah: bank komersil yang besar, di mana operasi asas di bawah arahan pengeksport dan pengimport diikuti, institute pelaburan, insuran dan dana pencen dan pelabur persendirian. Bank-bank ini juga menjalankan operasi, oleh itu jumlah operasi harian di bank-bank besar untuk dolar berbilion. Beberapa bank membuat sebahagian daripada keuntungan dibentuk hanya oleh operasi spekulasi mata wang.

Kecuali bank, rumah-rumah broker adalah peserta-peserta aktif pasaran, yang memegang peranan orang tengah antara beberapa bank, dana, rumah komisen, pusat dealing, dan lain-lain.

Bank komersil dan rumah-rumah broker bukan sahaja membuat operasi dalam jualan dan belian mata wang bawah harga yang diwujudkan oleh peserta-peserta aktif, tetapi juga menawarkan harga sendiri. Oleh itu, mereka mempengaruhi secara aktif proses penghargaan dan kehidupan semua pasaran, dan dengan demikian, mereka dinamakan pembuat pasaran. Berlawanan dengan peserta aktif, peserta pasif tidak boleh menawarkan sebut harga sendiri dan membuat belian-jualan mata wang bawah harga yang ditawarkan oleh peserta aktif pasaran.

Peserta pasif pasaran biasanya mengekori sasaran berikut: bayaran kontrak eksport-import, pelaburan industry asing, pembukaan cawangan di seberang atau ciptaan usaha niaga gabungan, pelancongan, perjudian dalam kadar berlainan, lindungan nilai risiko mata wang, dan lain-lain.

Bank-bank pusat dari negara-negara berlainan menggunakan FOREX, bukan untuk tujuan mendapatkan keuntungan, sebagai peraturan. Mereka biasanya membuatnya dengan tujuan menjaga stability, atau membetulkan kadar kini mata wang negara. Pembetulan kadar kini mata wang negara mempengaruhi keadaan ekonomi negara.

Bank-bank pusat juga menggunakan pasaran mata wang melalui bank-bank komersil. Keuntungan bukan tujuan asas bank-bank ini, operasi yang tidak beruntung juga tidak melibatkan mereka. Oleh itu campur tangan bank-bank pusat biasanya diselindungi dan dijalankan melalui beberap bank-bank komersil pada satu masa.

Bank-bank pusat negara berlainan boleh juga melaksanakan campur tangan gabungan yang diselaraskan.Jika peserta aktif membuat operasi dengan jumlah besar beberapa million dolar, peserta pasif boleh menggunakan jidar dagangan. Mereka mempunyai peluang untuk menjalankan modal untuk sementara waktu, dalam satu ratus kali melebihi deposit ini. Dagangan dalam cara ini membenarkan pengambilan bahagian dalam kerja pasaran mata wang kepada pelabur yang baik dengan modal kecil dan oleh itu menerima profit yang besar.

Struktur asas peserta pasaran membuktikan bahawa pasaran ini secara aktif digunakan oleh "perniagaan serius" dan untuk tujuan yang serius. Itu bermakna tidak semua peserta menggunakan FOREX di pasaran untuk tujuan spekulasi. Seperti yang kami katakan, perubahan kadar pertukaran boleh menyebabkan kerugian besar pada transaksi eksport-import.Percubaan untuk dilindungi dari risiko mata wang memaksa pengeksport dan pengimport untuk membuat permohonan lindungan nilai pelbagai di pasaran mata wang:transaksi hadapan, pilihan,masa depan, dan lain-lain.

Lebihan pula, perniagaan yang tidak berkaitan dengan urus niaga eksport-import, boleh mendapat kerugian pada perubahan kadar mata wang. Kerana Itulah mengapa mempelajari FOREX merupakan komponen wajib dari setiap perniagaan yang berjaya.