Callback_inner_ms
Live_support-inner_ms
Harga & Tingkat
Ticker Harga Waktu
EURUSD 1.3143 04/Feb 12:30 AM
GBPUSD 1.5818 04/Feb 12:30 AM
USDCHF 0.9186 04/Feb 12:30 AM
USDJPY 76.57 04/Feb 12:30 AM
AUDUSD 1.0768 04/Feb 12:30 AM
USDCAD 0.9937 04/Feb 12:30 AM
NZDUSD 0.8353 04/Feb 12:30 AM
GBPCAD 1.5719 04/Feb 12:30 AM
GBPCHF 1.4533 04/Feb 12:30 AM
EURJPY 100.64 04/Feb 12:30 AM
EURGBP 0.8307 04/Feb 12:30 AM
EURCHF 1.2075 04/Feb 12:30 AM
XAUUSD 1725.6 04/Feb 12:30 AM
XAGUSD 33.61 04/Feb 12:30 AM
Lebih terperinci
Persekitaran Regulatori
Cetak Send to Friend
Negara Kuwait meliputi kawasan berkeluasan sekitar 17,818 kilometer persegi daripada kawasan padang pasir di bahagian hujung Barat Laut Teluk Arab (Teluk Parsi). Kuwait bersempadan dengan Arab Saudi di bahagian selatan dan barat daya, sementara utara dan barat daya Kuwait pula disempadani oleh Iraq. Semantara Iran terletak di arah timur, seberang Teluk Arab.

Kuwait mempunyai simpanan minyak mentah yang ke-4 terbesar di dunia dan merupakan antara pengeluar minyak terbesar dunia. Olehyang  demikian, ekonomi Kuwait banyak bergantung pada sektor minyak yang meliputi lebih daripada separuh pengeluaran domestik kasar.

Pengeluaran minyak mentah Kuwait berpurata sekitar 2.5 juta tong sehari (mbd) dalam tahun 2006, hampir kepada pengeluaran kapasiti maksimum. Walaupun sebagai ahli OPEC, Kuwait harus menghadkan pengeluarannya ke had maksimum yang diperuntukkan, pengeluarannya biasanya melebihi sasaran OPEC sedikit terutamanya apabila harga minyak adalah tinggi.

Pengeluaran minyak bersedia untuk pengembangan sepadan dalam tahun-tahun yang akan datang dengan pelaburan yang meningkat dalam sektor ini. Rancangannya adalah untuk mengembangkan pengeluaran mentah kepada muatan 3.5 mbd daripada nilai kini yang sebanyak 2.5 mbd dalam 2010 dan ke 4 mbd dalam 2020. Dalam mencapai matlamat ini, penguatkuasa melaksanakan program pelaburan yang hebat dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Pendapatan dalam tahun fiscal 2006/07, yang berakhir dalam Mac 2007, berjumlahkan 15.5 bilion ($55 bilion), meningkat 12% daripada tahun sebelumnya. Pendapatan minyak meliputi lebih daripada 94% dari jumlah. Produk domestik kasar Kuwait (GDP) menetap pada KD 29.6 bilion ($103 bilion) dalam 2005. Nominal GDP meningkat 21%dalam 2006 didorong oleh kenaikan dalam harga minyak. Pertumbuhan GDP dipuratakan 23% dalam masa lima tahun yang lepas. Pertumbuhan sebenar dalam GDP semasa 2005 melebihi10% dan berpurata7.9% dalam masa lima tahun yang lepas.

Matawang Kuwait adalah Dinar Kuwait (KD), yang dibahagikan kepada 1000 fils (1 KD = 1000 fils). Denominasi matawang ini adalah satu-perempat, setengah, satu, lima, sepuluh dan dua puluh dinar, manakala wang syiling adalah dalam lima, sepuluh, dua puluh, lima puluh dan satu ratus fils. Bagi hampir empat setengah tahun dari permulaan 2003, tukaran nilai dinar Kuwait dipasakkan secara rasmi dengan dolar US menggunakan pasak fleksible.Bawah skim ini, bank pusat menetapkan kadar KD/USD dalam jalur 7% pada kadar KD 0.29963 = USD ditetapkan pada permulaan 2003. Walaupun CBK bebas untuk menetapkan kadar harian dalam jalur ini, bank pusat biasanya mengekalkan kadar tetap KD/USD untuk jangka masa yang dipanjangkan sejak akhir 2003. Perubahan dalam polisi pada 2003 berlaku sebagai langkah persediaan terhadap penerimaan satu mata wang GCC sebelum 2010, kerana Kuwait merupakan satu-satunya negara daripada 6 ahli negara yang tidak ada pasak rasmi dengan dolar US.

Walaubagaimanapun dalam May 2007, CBK mengambil keputusan untuk menamatkan pasak dan beralih untuk memasak dinar dengan sekumpulan mata wang yang utama, sebuah skim yang serupa dengan yang terdapat sebelum 2003. Walaupun kumpulan ini berada bawah skim baru, namun tidak didedahkan, dolar US dianggap sebagai mempunyai nilai paling besar berbanding dengan euro, yen dan pound British yang memiliki nilai lebih kecil Dari hujung Julai 2007, kadar tetap pada 0.282 KD/USD. Bank komersil menetapkan kadar mereka untuk transaksi komersil dan kewangan dengan merujuk kepada kadar bank pusat. Walaupun kadar jualan yang diumumkan menunjukkan sekitar 1% spread belian dan jualan, adalah biasa untuk mendapatkan sebut harga yang lebih bersaing daripada bank-bank untuk transaksi yang besar.

Kuwait mempunyai sebelas bank komersil termasuk enam cawangan bank negara asing. Terdapat tiga institusi perbankan Islam dan satu bank khusus. Tambahan pula, terdapat beberapa syarikat pelaburan dan dagangan mata wang yang dikawal bawah Kod Komersil (68/1980) & penggubahannya dan bawah nombor dekri kementerian (113/1992) di mana Arab Financial Broker merupakan yang pertama untuk mendaftar dalam rekod bawah nombor satu (1). Jumlah aset dalam bank-bank tempatan mencapai KD 27 bilion ($93 bilion) hujung 2006, bertambah sebanyak 25% dari tahun sebelumnya. Deposit peribadi berjumlah KD 15.3 bilion ($53 bilion), meningkat 22%.

Pasaran spot tukaran mata wang asing di Kuwait adalah besar dan adalah untuk mengendalikan bilangan yang besar berdasarkan penyelesaian dalam dua hari yang biasa. Tidak terdapat kawalan tukaran manakala residen dan bukan residen bebas membeli dan menjual mata wang asing di Kuwait. Pemindahan ke Kuwait dan dari Kuwait oleh residen atau bukan residen dalam sebarang mata wang tanpa sebarang had.

Tiada kawalan pergerakan tukaran mata wang asing atau had untuk berdagang dengan negara-negara lain, kecuali Israel. Di samping permintaan besarnya dalam pasaran adalah untuk keperluan dan untuk barangan pelanggan yang berharga rendah dan sederhana dan barangan tahan lama, pendapatan per kapita yang tinggi untuk segmen tertentu pasaran juga mewujudkan permintaan tinggi untuk barangan berkualiti tinggi.

Kuwait sungguh berhasrat untuk mewujudkan perhubungan dagangan yang kukuh dengan Amerika Syarikat. Pada Februari 2004, Kuwait menandatangani Rangka Perjanjian Dagangan dan Pelaburan (TIFA) dengan Amerika Syarikat Perjanjian ini dianggap langkah pertama dalam membangunkan reformasi ekonomi dan kriteria pembebasan dagangan untuk menguatkan hubungan ekonomi dengan US dan untuk bekerja kearah mendapatkan Perjanjian Dagangan Bebas (FTA).

Kuwait mempunyai tiga undang-undang yang penting untuk mengawal aktiviti perniagaan; iaitu Undang-Undang Syarikat Komersil (15/1960) dan pengubahannya, Kod Awam (67/1980), dan Kod Komersil (68/ 1980), kesemuanya dipengaruhi oleh kod Napoleon Perancis. Tiga kod ini membentuk tulang belakang undang-undang yang mengawal bahagian-bahagian seperti perhubungan awam ,undang-undang kontrak umum, operasi bank dan peralatan komersil (termasuk bil pertukaran, cek, nota janji), komersil dan agensi-agensi lain, pengangkutan dan penyimpanan barangan, muflis, pembinaan dan kontrak. Tambahan pula, terdapat beberapa undang-undang yang berkaitan dengan topik-topik seperti percukaian, pelaburan terus negara asing, kontrak sewa, dan prosedur awam dan komersil. Terdapat juga kod maritime yang meliputi perkara-perkara seperti tuntutan maritim, pendaftaran kapal, carta parti, insuran marin dan bil muatan.